Pages

Sunday 22 May 2011

Apa Pentingnya PERANCANGAN???

quote from blog.nuaeman.com
Sebelum Sang Pengembara membawa anda meneliti dan memikirkan betapa pentingnya PERANCANGAN dalam hidup kita, Sang Pengembara ingin mengajak anda untuk berfikir bersama Mengapa kita memerlukan PERANCANGAN?
Sebagai seorang Pengembara, sebelum memulakan sesuatu pengembaraan, Pengembara akan berfikir ke mana tempat yang hendak dituju??Mengapa tempat itu dipilih sebagai destinasi??Dalam erti kata yang lain Apa Matlamat Pengembaraan Itu??Dan peranan PERANCANGAN itu bermula ketika Pengembara berfikir bagaimana untuk mendapatkan atau mencapai MATLAMAT yang telah dirancang dan diputuskan olehnya.

Serupa juga dengan kehidupan kita sekarang ini. Kita akan sentiasa berfikir, ke mana agaknya tujuan hidup aku ini??Adakah ke hadapan??Ke kiri??Atau ke kanan??Dan berbagai-bagai lagi persoalan yang timbul dalam diri kita. Tapi hakikatnya, kita sebagai seorang muslim dan hamba abdi kepada Allah, MATLAMAT  kita yang terbesar ialah untuk mendapatkan redha Allah dan seterusnya dimasukkan ke dalam syurga Allah.

Namun apakah PERANCANGAN yang telah kita buat untuk merealisasikan MATLAMAT kita itu??Mungkin ada sesetengah daripada kita mungkin merancang untuk menunaikan rukun islam dan rukun iman dengan sebaiknya yang boleh. Mungkin ada juga yang ingin memperbanyakan amalan sunat. Mungkin ada juga yang mengamalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad saw. Namun, apa pun PERANCANGAN yang telah kita atur dan kita cuba laksanakan, semuanya tidak akan menjamin kita untuk mendapatkan redha Allah. Kerana bukan mudah untuk mendapatkan redha Allah tapi bukan mustahil untuk kita perolehinya. Apa yang penting kita telah melakukan PERANCANGAN  kearah itu. Tapi jangan biarkan ia hanya sebagai PERANCANGAN tanpa ada tindakan dan amalan.

Mengetahui kepentingan PERANCANGAN tidak memadai untuk kita memulakan sesuatu tindakan untuk mencapai MATLAMAT kita tanpa ada tapak ataupun asas untuk kita menyusun PERANCANGAN. Oleh itu, insyaAllah Sang Pengembara akan berkongsi dengan anda mengenai Apa ASAS Untuk Menyusun Perancangan? Jadi, sama-sama kita nantikan pandangan daripada kaca mata seorang Sang Pengembara. Tunggu dan lihat ok.. :)
Thursday 12 May 2011

Langkah Demi Langkah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..Segala puji bagi Allah yang memberi aku peluang dan kesempatan untuk berkongsi sedikit pandangan dan pengalaman aku dengan teman-teman sekalian..
Hari ini aku telah berpeluang melawat salah satu kilang keropok di Australia iaitu Smith's Snackfood Company..Sebelum ni,aku berpeluang melawat Bolivar Water Treatment..Untuk makluman,ini merupakan aktiviti yang perlu aku lakukan bersama-sama dengan coursemates yang lain dalam subjek Professional Practice 1..Kalau aku nak kongsi pengalaman pergi tempat-tempat nie mesti bosan dan cliche bagi korang..Tapi apa yang aku nak kongsi adalah perkara yang terlintas dalam pemikiran aku ketika berada di kedua-dua tempat nie..
Korang tau tak macam mana air diproses??Atau macam mana keropok dibuat??
Betul la apa yang korang fikirkan tu..Tapi korang setuju tak kalau aku buat statement ada persamaan antara kedua-dua proses ni??Maksud aku,ada persamaan antara air diproses dengan keropok dibuat..
Mesti korang tak percaya kan??
Tapi tak apa,biar aku jelaskan kenapa aku buat statement macam tu..
Sebenarnya apa-apa proses pun semua berkongsi satu persamaan..Persamaan yang mungkin sebenarnya kita dah tau tapi kita tak ambil berat atau perhatian tentang persamaan tu..Kalau kita lihat,proses ini tak akan berjaya dengan satu atau dua langkah sahaja..Tapi proses ini berjaya dengan Langkah Demi Langkah yang telah disusun atur oleh manusia..Tanpa langkah-langkah ni,proses ini tak akan berhasil..Tanpa kehadiran satu atau dua langkah,hasil yang diperoleh melalui proses ini akan kurang kualitinya..
Jadi,itulah persamaan yang aku maksudkan :)
Tapi apa pentingnya persamaan ni??Apa kaitan persamaan ni dengan kita??
Memang betul apa soalan yang terlintas dalam pemikiran korang tu..Memang tak dinafikan lagi..Tapi mari kita fikir sama-sama apa hikmah Allah ilhamkan langkah-langkah dalam proses ini kepada manusia..Apa sebenarnya yang Allah nak ajarkan kepada kita..
Sebenarnya sejak dalam alam rahim lagi kita telah diajar tentang Langkah Demi Langkah yang harus kita pelajari..Allah nak ajar kita bahawa sesuatu yang kita nak capai itu tak semudah yang kita fikirkan..Kita perlukan planning..Perancangan pula tak semudah yang kita inginkan..Tapi perancangan itu perlulah disusun dengan rapi dan teliti agar kita mendapat hasil yang kita ingin-inginkan..
Bercakap mengenai perancangan ni memang menarik tapi nanti aku akan sambung dalam entri yang lain..InsyaAllah ia berkisar mengenai Apa Pentingnya PERANCANGAN?
Tunggu dan lihat ok.. :)
Sebelum terlupa,jom kita renungkan kembali Langkah Demi Langkah yang telah kita lalui dan apa pengajaran atau hikmah yang kita peroleh daripada langkah-langkah tu.
Thursday 28 April 2011

Mengapa SANG PENGEMBARA???

Daripada Ibn Umar r.a., beliau berkata: Rasulullah SAW memegang bahuku lalu bersabda: "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan" -Riwayat Bukhari-

Alhamdulillah, segala puji hanya kupanjatkan buatMu Ya Allah kerana memberi aku kesempatan dan peluang untuk meluahkan segala rasa syukurku kepadaMu atas pelbagai nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku..Mudah-mudahan dengan nikmat-nikmat yang Engkau berikan ini menguatkan lagi keimananku kepadaMu dan semangatku untuk menyebarkan risalahMu di muka bumi ini.. 
 
Copyright © Sang Pengembara. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simple Blogger Tutorials. Distributed by Blogger Templates